Thursday, November 17, 2011


Kegembiraan memenuhi pelajar sekolah atas percutian panjang yang akan berkemandang. Keindahan pemikiran mereka berpusing kearah tuju mereka demi memenuhi percutian tahun ini. Hari pengakhiran sekolah mereka bergembira , bersuka ria bersama kawan-kawan tercinta. Indahnya dunia ketika muda. Tidak kepada saya, yang bejauhan daripada sahabat dan kawan-kawan. Tasha berpindah alih ke Kajang yang akan susah untuk diketemui. Wanie yang jauh berasrama memang sukar sekali didengari. tingal hanya Huzairi dan Ila disini menemani senang suasah hari-hari ku disekolah ini tetapi mereka juga bersebokan dengan hal-hal mereka sendiri. jawabnya kesorangan diriku merempuhi alam persekolahan tahun ini. Bimbang dan runsing pemikiran ku akankah kita berlima bersama bergembira kembali pada percutian tahun ini. Hanya tuhan sahaja yang mampu menjawab persoalan ku ini. Sesungguhnya keindahan yang dikecapi tidak bermakna tanpa sahabat disisi.

No comments:

Post a Comment